Friday, 8 September 2017

Suasana raya bila balik pahang

Bila raya dekat pahang, makanan wajib kena masak adalah lemang.. kebiasaanya sehari sebelum raya adik beradik akan bergotong royong buat lemang dengan rendang.. dah jadi macam kemestian rendang akan ada dua jenis.. rendang ayam dan rendang daging.. yang seronoknya semua akan turun kedapur untuk sama-sama membantu menyediakan juadah hari raya.. yahoooo.. meriahnya bila semua adik beradik balik beraya.. bila kampung kakak ummi akan tanya dekat adik beradik nak makan apa..  syokknya menu apa yang adik beradik request mesti dapat makan.. untung la ada kakak yang suka masak-masak ni hehehe. yang bestnya kakak ummi ni masak apa pun mesti sedap.. masak main campak-campak pun sedap. hahaha

Menu pagi raya .. lemang, rendang ayam, rendang daging, bihun supp + begedil.. lupa nak ambik gambar bihun sup gan begedil.. masing-masing dah lapar.. hahaha.. bila dah ramai tu time makan pun kecoh sana sini.. riuh rendah suasana.. itu la raya kami.. bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai adik beradik ni.. time raya atau kenduri kendara baru la dapat berkumpul ramai-ramai..hehehe.. Dengan izin allah, moga berjumpa lagi..  
Selamat hari raya aidiladha
Celebrate birthday mak #1september2017
Aktiviti masak lemang..en suami tolong masukkan daun pisang dalam buluh

Aktiviti masak rendang, kakak ummi buat kerepek pisang, order tapai pulut.. nyummy 
Kakak ummi request  buat lasagna
Adik ipar & anak buah buat biskut cornflake madu..sempat lagi diaorg

Pasar pagi


Monday, 28 August 2017

Saqif Adam turns 7 years old


Happy birthday #saqifadam 22 Aug 2017.. May allah bless and keep you safe, each hour of every day, and be the light that guides you, each step along life's way. Always make allah your number one priority.  Ameen....




Bangun pagi dapat hadiah dari ummi gan ayah

small celebration

with suri.. pakai baju atok hadiahkan

with atok & cousin

small celebration

  Anak yang paling manja dengan ummi.. kalau tidur mesti nak tidur sebelah ummi  

Thursday, 17 August 2017

Muhasabah Diri

Amalan untuk kita amalkan semoga bermanfaat untuk semua


1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3. Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4. Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6. Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

[Ustaz Azhar Ghazali]

Friday, 4 August 2017

Kelebihan Suruh Al Mulk

..Salam Jumaat..

Surah Al-Mulk bermaksud Kuasa Pemerintahan. Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat. Surah ini termasuk dalam surah Makkiyah. Rasulullah SAW sangat mencintai surah Al-Mulk. Baginda mengharapkan surah Al-Mulk berada di hati setiap mukmin.


Surah Al-Mulk mempunyai banyak fadhilat bagi sesiapa yang membacanya, antaranya:
  • Mendapat pemgampunan dosa
  • Terhindar dari seksa kubur dan seksa neraka
  • Terhindar dari maksiat
  • Memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya
  • Menjadikan kita sebagai orang yang bertawakal

An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari siksa kubur. (HR An-Nasai)

Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu "Tabarakallazi" (HR At-Tabrani)

" Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk" (HR Abu Daud)


Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah al qur’an, karena sesungguhnya bacaan al qur’an itu akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat bagi orang-orang yang membacanya (sewaktu di dunia).” (HR. Muslim).

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Mulk 67:12) 








SUMBER: DIDAKWAH & IBU-ZAHRAA

Thursday, 13 July 2017

My little girl's

My little girl's.. Suri 'Aisha.. already 3 years old.. Meaning of Suri 'Aisha name

Why ummi letak nama 'aisha ada tanda koma atas ( ' ) ek.. sebab ummi nak bezakan antara huruf 'Ain(ع) dengan huruf alif(ا).. hahaha old fashion kan sepatutnya tak perlu pun tak pe..

Budak kecik ni sekarang dah besar dan banyak celotehnya bila dekat umah... tapi kalau pergi umah orang dia la yang paling baik.. semua orang puji baik je budak ni duduk diam je.. padahal takut orang.. duduk la menepek dekat ummi.. kecuali kalau ada budak-2 yang dia suka berkawan.. tak suka berkawan dengan budak-2 yang lasak.. ermm ada pron & cons nya..  

...masa baby..
..pantang naik kereta..

..suka melawa sekarang ni..
..raya 2017 with abang..







Tuesday, 4 July 2017

Puasa Qadha' vs Puasa Sunat Syawal

Mana Dulu : Qadha' Dulu atau Puasa Enam Syawal Dulu atau Boleh Gabung?

Oleh: Dr. Mohd Sukki Othman @ Ustaz Shauqi

Dalam hal mana yang perlu diutamakan sama ada berpuasa qada' terlebih dahulu atau berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, terdapat 3 pandangan mengenainya, iaitu:

1. Pandangan Pertama : Qadha dahulu , kemudian barulah kerjakan puasa sunat. Dalilnya ialah hadis nabi "sesiapa yangg berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun". Jadi, dalam hadis ni menyatakan kena selesaikan puasa ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat syawal. Oleh yang demikian, hendaklah diqadha terlebih dahulu puasa Ramadhan yang ditinggalkan, kemudian barulah sambung dengan puasa sunat.

2. Pandangan Kedua: Laksanakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu, kemudian baru qadha'. Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad hanya dalam bulan Syawal sahaja, manakala qada' puasa boleh dibuat dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.

 3. Pandangan Ketiga: hendaklah berniat puasa qada' dan apabila puasa qada' tersebut berbetulan dgn hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali. Ijtihad dan pandangan ini telah dikemukakan oleh para ulama fiqh seperti Syeikh Zakariyya al-Ansoriy, Syeikh 'Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama' Syafi'yyah. Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dikerjakan maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyyatul masjid juga akan terhasil. Syeikh Zakariyya al-Ansoriy menyatakan apabila berpuasa qada' dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.

Kesimpulannya, hendaklah diqada' terlebih dahulu puasa untuk membayar hutang yang wajib terlebih dahulu, dan sekiranya ada kesempatan lagi... boleh diteruskan pula dgn puasa sunat. Akan tetapi kalau tidak berkesempatan, maka moga-moga puasa qada' yg dilakukan pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali

Wallahu'alam

** Copy paste whatsapp

Monday, 26 June 2017

Selamat Hari Raya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalammualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin

May allah honour you,
Forgive you,
Purify you,
Accept your all ibadat and dua.
Elevate you,
Inspire you and
Envelope you with his noor,
Mercy and protect you.
Wish you a Salam Aidil Fitri & Eid Mubarak.


Ikhlas dari kami sekeluarga.. Shahrul, As, Saqif & Suri